Bekerja, khidmat sukarela dan belajar di Australia


Bekerja, khidmat sukarela dan belajar di Australia

Sertai golongan belia dan remaja yang berduyun-duyun memilih Australia untuk memenuhi impian percutian setahun, kerjaya, bercuti sambil bekerja atau belajar di luar negara. Australia menawarkan peluang yang tiada penghujung untuk pengembaraan lasak serta gaya hidup mesra dan santai.
Dapatkan maklumat mengenai visa percutian sambil bekerja, visa pengajian dan peluang kerja sukarela di Australia. Ketahui di mana mereka yang berkelana dan pengembara tinggal, meluangkan masa dan bergembira.
Bandar-bandar di Australia menawarkan gaya hidup mesra dan santai dengan warga yang ramah, di samping pesta-pestanya, enklaf bandar dan pasar yang bergaya. Ia membentuk latar belakang acara Australia yang terkemuka seperti Grand Prix,Sydney to Hobart Yacht Race dan Melbourne Cup. Bandar-bandar di Australia menjadi bertenaga dengan  minat mendalamwarga Australia terhadap semua jenis sukan. Terdapat pelbagai acara Australia yang unik yang berlaku di pedalaman Australia dan sepanjang jalur pantai seperti Piala Camel dan Pesta Gama di Wilayah Utara dan Cooly Classic di perairan lepas Gold Coast.
Australia adalah negara pengembaraan lasak, dan kami telah mengumpulkan beberapa cadangan agar anda boleh mulakan pengembaraan anda. Ikuti laluan unta melalui Gurun Simpson di Wilayah Utara, 4WD merentas Banharab Flinders yang berceranggah di Australia Selatan South Australia atau susuri Great Ocean Walk di Victoria. Ski atau luncur papan salji menuruni cerun pada musim dingin, lakukan treking melalui hutan hujan purba atau pilih salah satu pulau yang masih terpelihara untuk menggabungkan pengembaraan lasak dengan aktiviti santai sebenar. Anda boleh menyelam, bersnorkel, berkanu, berkayak dan meluncur air di sekeliling Australia.
Untuk benar-benar mengalami Australia, anda perlu mengembara. Lihat perjalanan jalan raya klasik dan perjalananjalan kaki jarak jauh. Tinjau Benda yang Besar-besar di Australia sepanjang laluan jalur pantai yang mempesona dari Sydney ke Cairns, menapak di atas laluan jalur pantai Sydney Harbour atau memandu di atas Great Ocean Road dari Melbourne ke Adelaide.
Terokai wilayah wain kami yang cukup menakjubkan, termasuk Hunter Valley yang indah pemandangannya berhampiran dengan Sydney, Yarra Valley dekat Melbourne dan Swan Valley, tidak jauh dari Perth. Minum wain, makan, meluncur air dan menakik turun di wilayah Margaret River di Australia Barat atau lakukan lawatan sehari dari Adelaide ke Barossa Valley.
Ketahui mengenai tempat-tempat tersohor di Australia seperti Terumbu Sawar Besar yang tersenarai sebagai Warisan Dunia, Taman Negara Kakadu dan belantara Tasmania. Landskap Australia begitu meluas, dari Red Centre yang dianggap suci hinggalah ke Karang Ningaloo Australia Barat dan Alp Australia yang bergunung-ganang dengan puncak yang diliputi salji.
Baik bercuti, bercuti sambil bekerja atau melanjutkan pelajaran, banyak yang Australia boleh tawarkan.

0 comments:

Copyright © 2013 Peluang Pekerjaan Yang Lumayan Di Australia and Blogger Templates - Anime OST.