FAQ - Program Bahasa Inggeris
Jam berapa saya harus melapor ke sekolah pada hari pertama ?
Apa yang akan saya lakukan pada hari pertama ?
Apakah kelas saya pada pagi hari atau sore hari ?
Apakah saya perlu membeli buku - buku pelajaran saya ?
Jika saya mempunyai soalan mengenai program saya , kepada siapa saya harus bertanya ?
Apakah saya akan mendapatkan bercuti ?
Apakah program Kaplan diiktiraf oleh kerajaan atau institusi rasmi lain ?
Bolehkah saya belajar bahasa Inggeris di negara berbahasa Inggeris walaupun saya sama sekali tidak berbahasa Inggeris ?
Berapa minggu jangka waktu belajar saya ?
Apakah saya akan mendapatkan sijil setelah selesai belajar ?
Bagaimana Kaplan menguji tahap bahasa Inggeris saya ?
Seberapa jauh perkembangan kemampuan bahasa Inggeris saya setelah mengikuti program 2 minggu , 4 minggu atau 12 minggu ?
Apakah kakitangan pengajar Kaplan merupakan penutur bahasa Inggeris asli ( native speaker ) dan berpengalaman ?
Apakah akan ada kakitangan pengajar yang bercakap dalam bahasa saya ?
Apakah Kaplan International Colleges akan membantu mempersiapkan saya untuk mengambil ujian rasmi ?
Ada berapa pelajar per kelas ?
Berapa umur minimum untuk menyertai dalam program kursus Kaplan ?
Kapan program bermula ?
Apakah ada kelas malam dan kelas hujung minggu ?
Apa yang akan diajarkan di kelas ?
Bolehkah saya melatih kemampuan berbicara saya ?
Apakah anda mempunyai kakitangan pengajar persendirian dan berapa biayanya ?
Bolehkah saya mendapatkan kakitangan pengajar persendirian jika saya tidak ikut kelas ?
Berapa pelajaran yang akan saya pelajari setiap minggu ?
Berapa lama tempoh tiap pelajaran ?
Apa yang akan saya pelajari dalam program bahasa Inggeris Umum ?
Apa yang akan saya lakukan di dalam kelas mata pelajaran pilihan ?
Apakah yang dimaksudkan dengan sesi pelajaran berstruktur ?
Apakah perkembangan kemampuan bahasa saya akan direkodkan ?
Bolehkah saya memilih tarikh mula belajar yang saya inginkan ?
Kapan saya harus tiba di negara tujuan ?
Apakah Kaplan menawarkan potongan harga ?
Kapan saya perlu mendaftar program yang saya inginkan ?
Apakah terdapat aktiviti ko-kurikulum ?
Apakah saya sudah dijamin insurans kesihatan ?
1.Jam berapa saya harus melapor ke sekolah pada hari pertama ?
Anda harus tiba di sekolah antara jam 8.15 - 8.45 pagi . Masing - masing sekolah mempunyai jadual yang berbeza untuk hari pertama sekolah . Jadual jam anda akan tertera di pakej maklumat yang akan anda terima apabila anda tiba di penginapan anda . Anda harus membawa dokumen Kaplan International Colleges , pasport , bukti insurans dan sebuah pena untuk ujian bahasa Inggeris pada hari pertama .
2.apa yang akan saya lakukan pada hari pertama ?
Semua pelajar akan mengikuti ujian bahasa Inggeris Kaplan International Colleges , bertemu kakitangan sekolah dan diberikan pengenalan mengenai persekitaran dan kemudahan sekolah , program kursus dan persekitaran tempatan . Anda akan mendapat jadual individu dan kelas anda akan bermula keesokan harinya . Harap diingat , jika anda mempunyai soalan harap jangan ragu untuk bertanya ! Kakitangan sekolah akan membantu anda terutama pada hari pertama anda
3.Apakah kelas saya pada pagi hari atau sore hari ?
Jadual kelas bergantung dari lokasi sekolah anda dan tarikh masuk anda . Umumnya kelas bermula pada pagi hari dan dilanjutkan siang hari . Selepas kami menetapkan jadual kelas anda , kami tidak akan merubahnya untuk jangka waktu tertentu kerana beberapa pelajar bekerja part - time sambil belajar . Harap diingat bahawa pelajaran dan tugas sekolah anda harus merupakan keutamaan pertama anda dan pekerjaan anda harus disesuaikan dengan jadual belajar tersebut .
4.Apakah saya perlu membeli buku - buku pelajaran saya ?
Semua bahan pelajaran yang digunakan di kelas akan disediakan . Biasanya bahan pelajaran dipinjamkan kepada pelajar dan perlu dikembalikan setelah program selesai . Jika anda ingin membeli buku tersebut , anda boleh membelinya di sekolah atau di kedai buku tempatan .
5.Jika saya mempunyai soalan mengenai program saya , kepada siapa saya harus bertanya ?
Tiap sekolah mempunyai Pengarah Akademik , Manager Akademik dan staff pengajar . Setiap kelas akan mempunyai satu guru dan tutor , khusus untuk membantu pelajar yang berdaftar di kelas tersebut . Guru kelas anda akan menjawab soalan mengenai pelajaran dan aktiviti anda . Tutor anda dapat menjawab soalan mengenai program dan akan mengawasi perkembangan bahasa Inggeris dan kehadiran anda di kelas setiap minggu .
6.apakah saya akan mendapatkan bercuti ?
Bercuti bergantung dari peraturan visa anda dan anda perlu memberitahu sekolah 1 bulan sebelumnya jika anda ingin meminta cuti . Program bahasa Inggeris jangka panjang dan program persediaan universiti ( program Tahun dan Akademik Semester , Sijil Foundation , Pra - Master atau CHEBM ) mempunyai tarikh percutian yang telah ditetapkan oleh sekolah . Tarikh cuti tersebut harus diikuti dan anda tidak dibenarkan untuk mengambil cuti di luar tarikh tersebut . Anda diharapkan untuk menyemak tarikh percutian anda sehingga boleh merancang apa yang akan anda dilakukan ke depannya . Sekolah juga akan cuti pada hari cuti nasional seperti Krismas , Tahun Baru dan Paskah .
7.Apakah program Kaplan diiktiraf oleh kerajaan atau institusi rasmi lain ?
Ya , semua sekolah Kaplan International Colleges telah diakreaditasi oleh institusi kerajaan tempatan . Sebagai contoh , di Inggeris kami telah diiktiraf oleh British Council dan kami merupakan ahli dari English UK ; di Ireland kami diiktiraf oleh ACELS dan kami merupakan ahli dari MEI / RELSA . Sila melihat senarai lengkap institusi akreditasi sekolah Kaplan International Colleges .
8.Dapatkah saya belajar bahasa Inggeris di negara berbahasa Inggeris walaupun saya sama sekali tidak berbahasa Inggeris ?
Ya , terdapat program baru di sekolah Kaplan Inggeris dan Ireland . Sila hubungi kami atau download risalah kami untuk tarikh mula kelas pemula .
9.Berapa minggu jangka waktu belajar saya ?
Anda boleh belajar minimum 2 minggu dan tidak ada maksimum masa belajar . Anda boleh memilih tempoh program belajar yang sesuai dengan keperluan dan keinginan anda .
10.Apakah saya akan mendapatkan sijil setelah selesai belajar ?
Ya , anda akan menerima sijil Kehadiran ( Certificate of Attendance ) yang menunjukkan tahap Bahasa Inggeris anda , tempoh belajar dan jumlah kehadiran anda di kelas selepas anda menyelesaikan program anda .
11.Bagaimana anda menguji tahap bahasa Inggeris saya ?
Akan diadakan ujian pertama pada hari pertama anda tiba di sekolah , termasuk ujian tata bahasa ( grammar ) , menulis , mendengar , dan bercakap . Berdasarkan hasil ujian tersebut , anda akan ditempatkan di kelas yang sesuai dengan kemampuan bahasa Inggeris anda . Anda boleh mengambil ujian bahasa Inggeris dalam talian sekarang untuk mendapatkan anggaran tahap kemampuan bahasa Inggeris anda .
12.Seberapa jauh perkembangan kemampuan bahasa Inggeris saya setelah mengikuti program 2 minggu , 4 minggu atau 12 minggu ?
Setiap pelajar mempunyai kelajuan belajar yang berbeza - beza , namun kami menjangkakan bahawa anda memerlukan masa kira-kira 10 minggu untuk naik ke peringkat seterusnya . Sila melihat jadual perkembangan kami .
13.Apakah kakitangan pengajar Kaplan merupakan penutur bahasa Inggeris asli ( native speaker ) dan berpengalaman ?
Ya , semua kakitangan pengajar kami adalah penutur bahasa Inggeris asli yang mempunyai kelayakan mengajar bahasa Inggeris seperti CELTA / DELTA atau MA ELT .
14.Apakah akan ada kakitangan pengajar yang bercakap dalam bahasa saya ?
Kami akan mengajar hanya dalam bahasa Inggeris . Akan tetapi kami akan mencari penterjemah jika terdapat masalah kesejahteraan yang serius atau jika keadaan mendesak .
15.Apakah Kaplan International Colleges akan membantu mempersiapkan saya untuk mengambil ujian rasmi ?
Yes , you can take exam preparation courses such as IELTS , TOEFL ® or Cambridge exams ( FCE , CAE and CPE ) with Kaplan International Colleges . We also offer preparation for SAT , GMAT ® or GRE . Please note that the exam fee is not included in the tuition price and needs to be paid separately . You will need to speak to our members of staff in reception shortly after your arrival if you wish to take an exam . The staff will then be able to help you with enrolment or advise you on how to enroll for your required exam .
Ya , anda boleh mengambil program persediaan ujian seperti IELTS , TOEFL ® atau ujian Cambridge ( FCE , CAE , CPE ) di sekolah Kaplan . Kami juga menyediakan kursus persiapan ujian SAT , GMAT ® atau GRE . Sila ambil perhatian bahawa kos ujian tidak termasuk dalam kos sekolah dan harus dibayar secara berasingan . Anda harus memberitahu salah satu ahli kakitangan kami segera setelah anda tiba jika anda ingin mengambil ujian rasmi . Kakitangan kami kemudian akan membantu anda untuk mendaftar atau memberi tahu anda cara mendaftar untuk mengikuti ujian yang diperlukan .
16.Ada berapa pelajar per kelas ?
Umumnya terdapat 12 pelajar dalam 1 kelas , dengan maksimum 15 pelajar .
17.Berapa umur minimum untuk menyertai dalam program kursus Kaplan ?
Anda harus berumur minimum 16 tahun untuk mengikuti program kami . Namun terdapat program junior musim panas untuk pelajar yang lebih muda . Untuk maklumat lebih lanjut , sila hubungi kami .
18.Kapan program bermula ?
Program bermula setiap hari Isnin . Jika hari Isnin merupakan hari cuti , maka kelas akan bermula pada hari Selasa . Lihat detail cuti umum 2008/2009 di seluruh dunia .
19.Apakah ada kelas malam dan kelas hujung minggu ?
Tidak , kami tidak menawarkan kelas malam dan kelas hujung minggu .
20.Apa yang akan diajarkan di kelas ?
Kami mengajar menggunakan kaedah komunikatif . Guru kelas akan berusaha agar semua orang terlibat dalam perbualan di kelas dan kami akan memastikan bahawa kemampuan menulis , bercakap , mendengar dan membaca anda akan meningkat .
21.Dapatkah saya melatih kemampuan berbicara saya ?
Ya , tentu saja . Guru - guru akan mendorong anda untuk bercakap di kelas dimana anda berkesempatan mengembangkan kepercayaan diri dan melatih kemahiran berbicara anda . Anda diharuskan bercakap bahasa Inggeris di sekolah . Di luar sekolah , anda akan bercakap bahasa Inggeris setiap masa dengan keluarga homestay dan rakan - rakan baru anda .
22.Apakah anda mempunyai kakitangan pengajar persendirian dan berapa biayanya ?
Ya , kami menawarkan pelajaran persendirian di semua sekolah . Kos sekolah berbeza di setiap sekolah . Sila bertanya kepada kakitangan sekolah anda .
23.Dapatkah saya mendapatkan kakitangan pengajar persendirian jika saya tidak ikut kelas ?
Ya , hanya jika anda tidak memerlukan visa atau anda sudah mempunyai visa .
24.Berapa pelajaran yang akan saya pelajari setiap minggu ?
Jumlah pelajaran bergantung dari program yang anda pilih . Sebagai contoh :
Bahasa Inggeris untuk masa Cuti : 20 pelajaran bahasa Inggeris Umum
Bahasa Inggeris Umum : 20 pelajaran bahasa Inggeris Umum + 7 sesi pelajaran berstruktur
Bahasa Inggeris Intensif : 20 pelajaran bahasa Inggeris Umum + 7 sesi pelajaran berstruktur + 8 pelajaran pilihan
Bahasa Inggeris Perniagaan : 20 pelajaran bahasa Inggeris Umum + 7 sesi pelajaran berstruktur + 8 pelajaran bahasa Inggeris Perniagaan
25.Berapa lama tempoh tiap pelajaran ?
Tiap pelajaran berlangsung selama 45 minit .
26.Apa yang akan saya pelajari dalam program Bahasa Inggeris Umum ?
Kaplan International Collegs menggunakan Pendekatan Bahasa Komunikatif ( Communicative Language Approach ) di kelas . Kami menggunakan situasi kehidupan sebenar dan menggalakkan pelajar bercakap dalam kelas . Program kursus kami direka sedemikian rupa sehingga mempunyai struktur tata bahasa yang baik serta anda akan mempelajari kalimat perbualan sopan yang digunakan sehari - hari . Bahkan di dalam kelas tata bahasa , anda akan berkesempatan untuk melatih kemampuan berbicara anda menggunakan struktur tata bahasa yang baru saja anda pelajari . Anda akan menggunakan banyak bahan pelajaran yang berbeza di kelas . Buku pelajaran merupakan sumber utama pelajaran anda . Anda juga akan belajar menggunakan bahan audio visual dan pelbagai latihan computer - based yang memberikan anda peluang untuk mengembangkan kemampuan bahasa Inggeris anda melalui internet .
27.Apa yang akan saya lakukan di dalam kelas mata pelajaran pilihan ?
Mata pelajaran pilihan program bahasa Inggeris Intensif bergantung pilihan sekolah dan tahap bahasa Inggeris anda . Contoh mata pelajaran pilihan : pelajara perbendaharaan kata ( vocabulary ) , berita terkini ( current affair ) , budaya tempatan atau bahasa Inggeris Perniagaan . Mata pelajaran pilihan untuk program bahasa Inggeris Perniagaan misalnya pelajaran komunikasi di tempat kerja , pelajaran penyertaan dalam mesyuarat , pelajaran kemampuan menulis untuk perniagaan dan pelajaran teknik wawancara .
28.Apakah yang dimaksudkan dengan sesi pelajaran berstruktur ?
Sesi Pelajaran Berstruktur bertujuan agar pelajar dapat mengatur program belajar mereka sendiri di luar dari kelas yang mereka hadiri . Pelajar berkesempatan untuk mengambil bahagian dalam pilihan pelajaran berstruktur termasuk aktiviti bahasa online dan offline , kelab belajar , seminar , kursus dan projek kerja . Kegiatan tersebut akan membantu pelajar mengembangkan kemampuan mereka di luar kelas , menetapkan waktu belajar mereka sendiri dan belajar secara mandiri . Sesi pelajaran berstruktur Kaplan dilakukan di bawah bimbingan dan pengawasan guru kami . Sesi ini terdiri daripada :
Rancangan belajar individu diberikan pada minggu pertama bagi semua pelajar
Portfolio pelajar untuk pelajar yang mengikuti program bahasa Inggeris Umum dan program bahasa Inggeris Intensif ( minimum 10 minggu ) dan pelajar AY / AS
panduan untuk mengambil pelajaran di bidang tertentu yang disesuaikan dengan kemampuan pelajar
Ujian dan tugas rumah secara berkala
Pertemuan individu setiap 5 minggu dimana pelajar boleh membincangkan program belajar , laporan perkembangan dan rancangan belajar individu dengan guru mereka
Akses untuk menggunakan pelbagai bahan pelajaran online maupun buku pelajaran lain
Akses untuk bergabung dengan pelbagai kelab belajar yang diawasi
Feedback formal dan tidak formal daripada guru secara berkala dan bimbingan belajar individu yang berkelayakan
Pelajar mempunyai akses untuk menggunakan kemudahan belajar sekolah , bahan pelajaran tambahan dan aktiviti bahasa yang dibimbing . Kemudahan dan aktiviti sesi pelajaran berstruktur berbeza - beza di setiap sekolah . Maklumat mengenai kedua-dua perkara tersebut akan diberikan semasa orientasi .
29.Apakah perkembangan kemampuan bahasa saya akan direkodkan ?
Ya , kemampuan bahasa Inggeris anda akan direkodkan mulai dari ujian pertama pada hari pertama anda tiba di sekolah . Masing - masing pelajar akan mempunyai Catatan Individual Siswa ( Individual Student Record - ISR ) untuk menilai perkembangan anda dari hari ke hari . Guru anda akan mencatat nilai tugas anda di kelas , penyertaan perbualan anda dalam kelas , nilai pekerjaan rumah , dan nilai ujian yang dijalankan setiap 5 minggu . Projek kerja , portfolio pelajar dan nilai ujian rasmi seperti IELTS , TOEFL ® atau ujian Cambridge juga merupakan bahagian penting dari keseluruhan nilai anda .
30.Dapatkah saya memilih tarikh mula belajar yang saya inginkan ?
Ya , semua program ditawarkan sepanjang tahun terkecuali untuk beberapa program . Sila hubungi kami untuk tarikh masuk program yang tersedia sesuai dengan keinginan anda .
31.Kapan saya perlu tiba di negara tujuan ?
Kelas biasanya bermula setiap hari Isnin . Kami mencadangkan anda untuk tiba di negara destinasi pada hari Sabtu atau Minggu sebelum kelas anda bermula .
32.Apakah Kaplan menawarkan potongan harga ?
Ya . Semakin banyak minggu yang anda ambil , semakin besar potongan harga yang akan diberikan . Potongan kos sudah termasuk di dalam senarai kos .
33.Kapan saya perlu mendaftar program yang saya inginkan ?
Kami menganjurkan anda untuk mendaftar jauh hari sebelumnya sehingga masih terdapat banyak pilihan program . Jika anda mendaftar kurang dari 4 minggu sebelum tarikh masuk program , anda mungkin akan dikenakan bayaran kelewatan pendaftaran . Untuk Amerika Syarikat , kami menganjurkan anda mendaftar 2 bulan sebelumnya supaya anda mempunyai masa yang cukup untuk pengurusan visa .
34.Apakah terdapat aktiviti ko-kurikulum ?
Ya , setiap sekolah mempunyai penyelaras aktiviti yang akan memastikan anda melewatkan hari dengan menyenangkan .
35.Apakah saya sudah dijamin insurans kesihatan ?
Ya , anda perlu mempunyai insurans kesihatan yang berlaku selama anda tinggal . Kami dapat menyediakan insurans bagi anda jika diperlukan .